MAAHAD TAHFIZ INTEGRASI DAR AL-HIKMAH

Pengenalan

  • PDF

 

Dar al-Hikmah adalah gabungan dua perkataan iaitu, Dar dan al-Hikmah yang merujuk kepada Gedung Kebijaksanaan atau Pusat Ilmu dan Pengetahuan, kerana keberkatan hidup di dunia dan akhirat serta harta yang kekal ialah ilmu pengetahuan. Proses mencari ilmu pengetahuan tidak akan berakhir selagi hayat masih ada. Perkataan Hikmah itu sendiri sebenarnya merujuk kepada pengertian yang amat dalam dan luas meliputi seluruh proses mencari ilmu dan pendekatan dakwah yang digunakan oleh para Nabi dan Rasulullah s.a.w sebagaimana firman Allah subhanahu wa Ta’ala:


Terjemahan: ”..Ajaklah mereka itu ke arah Tuhanmu dengan penuh hikmah (kebijaksanaan) dan nasihat yang baik (Surah al-Nahl, 16:125)

 

Dar al-Hikmah ditubuhkan dalam usaha untuk mewujudkan persekitaran dan suasana keilmuan yang mampu menjana pemikiran, daya intelektual, kesedaran dan penghayatan serta keterampilan individu menurut acuan al-Quran dan al-Sunnah agar wujud generasi yang mempunyai kecintaan kepada ilmu, menghayati al-Sunnah dan merapatkan ukhuwwah menerusi pendekatan yang penuh hikmah disamping tidak mengabaikan subjek-subjek akademik yang menjadi tuntutan dunia masa kini.

Model pendidikan yang ditawarkan Dar al-Hikmah ialah model pendidikan dalam suasana keIslaman yang berpandukan al-Quran dan al-Sunnah dengan pendekatan ta’alim, tilawah dan tazkiyah.

 

You are here: