MAAHAD TAHFIZ INTEGRASI DAR AL-HIKMAH

Program Hafazan al-Quran Dar al-Hikmah

  • PDF

PROGRAM HAFAZAN AL-QURAN DAR AL-HIKMAH

Pelajar yang masuk ke program ini sebaik-baiknya mestilah sudah pandai membaca al-Quran secara tartil dan lancar.

1. Program Hafazan Dar al-Hikmah dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu:

 

 

KATEGORI

 

Hifz

Ayat yang baru diberikan oleh guru untuk dibaca, dilancar dan dihafaz setiap hari.

Tasmi’

Ayat-ayat hifz yang sudah dihafaz dan diulangi selama sebulan dengan lancar dipindahkan menjadi bacaan tasmi’.

Muraja’ah

Bacaan tasmi’ setelah dibaca dengan lancar selama sebulan akan dikumpulkan menjadi muraja’ah. Surah-surah yang terkumpul disini akan dibaca mengikut pusingannya.

 

2. Rekod Bacaan

 

Setiap hari bacaan pelajar akan direkodkan oleh guru dalam 3 borang (Rekod Guru):

a) Borang Hifz

b) Borang Tasmi’

c) Borang Muraja’ah

 

Kerja rumah direkodkan oleh pelajar sendiri dalam 3 jenis buku (Buku Rekod Kerja Rumah):

a) Buku Gundal Hifz

b) Buku Gundal Tasmi’

c) Buku Gundal Muraja’ah

 

3. Peranan Pelajar


KATEGORI BACAAN

 

Hifz

 

Melihat dan meneliti mushaf ketika guru memberi model bacaan baru. Meneliti tempat-tempat wakaq.

Membaca di hadapan guru ayat-ayat yang hendak dihafaz.

Membuat gundal 60 kali (baca dan catat) untuk ayat baru di kelas jika ada masa atau di rumah.

Nota: Cara membuat gundal adalah dengan membaca 10 kali ayat dengan melihat mushaf dan 5 kali tutup mushaf. Sehingga semua ruang di buku rekod habis diisi.

Mengulang hifz lama sebanyak  4 kali (2 kali lihat mushaf, 2 kali tutup mushaf).

Pelajar mestilah mengisi buku dengan jujur.

Mendapatkan tandatangan penjaga setelah selesai membuat kerja rumah.

Keesokkannya, membaca ayat yang telah dihafal di hadapan guru dengan bacaan tartil.

Membetulkan kesalahan sebagaimana yang ditegur oleh guru.

Sentiasa berusaha untuk mendapatkan gred mumtaz.

Sekiranya mendapat banyak kesalahan, hendaklah mengulangi bacaan mengikut bilangan gundal yang diarahkan oleh guru.

Guru perlu memastikan gred dalam buku gundal Hifz diisi.

 

 

Tasmi’

 

Pelajar perlu membuat gundal di sekolah atau di rumah (baca dan catat) 4 kali untuk tasmi’. Caranya dengan 2 kali melihat mushaf dan 2 kali menutup mushaf.

Mendapatkan tandatangan penjaga setelah selesai kerja rumah.

Keesokkannya, membaca tasmi’ di hadapan guru.

Sentiasa berusaha untuk mendapatkan gred mumtaz.

Bagi pelajar yang mempunyai banyak hafalan terkumpul (tasmi’) cukup sekadar mengulangi sekali buka mushaf dan sekali tutup mushaf, jika tasmi’nya lancar.

Guru perlu memastikan gred dalam buku gundal Tasmi’ diisi.

 

 

Muraja’ah

 

Pelajar perlu membuat gundal di sekolah atau di rumah (baca dan catat) 4 kali untuk muraja’ah. Caranya dengan 2 kali melihat mushaf dan 2 kali menutup mushaf.

Bagi pelajar yang banyak muraja’ahnya, hendaklah sekurang-kurangnya mengulang dengan sekali membuka mushaf dan sekali menutup mushaf.

Mendapatkan tandatangan penjaga setelah selesai membuat kerja rumah.

Memastikan kesemua kesalahan terdahulu di betulkan.

Di sekolah, membaca muraja’ah di hadapan guru atau rakan.

Sentiasa berusaha untuk mendapatkan gred mumtaz.

Mendapatkan gred dari guru atau rakan, diisi dalam buku gundal Muraja’ah.

 

 

Nota Penting:

Pada setiap masa pelajar bertanggungjawab dengan jujur dan ikhlas untuk:

a) Membuat kerja rumah

b) Mengisi buku-buku kerja

c) Memperbetulkan bacaan yang ditegur oleh guru

d) Duduk dengan tertib dan sopan di hadapan guru

e) Mengutamakan bacaan al-Quran di rumah

f) Membuat segala persediaan untuk membaca di hadapan guru

g) Mendengar dan mematuhi arahan dan nasihat guru

 

4. Bentuk Kesalahan dan Penunjuk Gred

 

Bentuk-bentuk kesalahan adalah seperti berikut:

a) Salah membunyikan baris, atau

b) Meninggalkan huruf dalam bacaan, atau

c) Menambahkan huruf dalam bacaan, atau

d) Lupa pangkal ayat

 

Dan kesalahan-kesalahan a)-d) tersebut tidak dapat dibetulkan sendiri setelah diberi isyarat sebanyak 3 kali oleh guru. Sekiranya pelajar berjaya membetulkan sendiri setelah ditegur, ia TIDAK diambil kira sebagai kesalahan.

 

5. Gred Bacaan


 

 

MUMTAZ (مز)

 

Tiada Kesalahan a)-d) di atas.

Kesalahan yang dibetulkan sendiri.

Secara keseluruhannya pelajar dapat membaca dengan lancar dan yakin.

 

 

 

JAIYYID (ج)

 

Tidak lebih dari 3 kesalahan a)-d) di atas. Catitkan jumlah kesalahan.

Banyak teragak-agak atau kurang keyakinan.

 

 

 

DHAIF (ض)

 

Lebih dari 3 kesalahan a)-d) di atas.

Terlalu banyak kesalahan a)-d) hingga menjejaskan bacaan dan kelancaran secara keseluruhan.

 

 

6. Sistem Warna Dalam Merekod Gred Bacaan

 

Semakan yang paling ideal adalah oleh:

a) Guru

b) Rakan

c) Diri sendiri

 

Bagi semakan oleh rakan dan diri sendiri, pelajar bertanggungjawab mengisi gred dengan jujur dan tepat supaya tidak menganiayai rakan atau diri sendiri. Bagi membezakan penyemak, 3 warna yang berbeza digunakan untuk mencatat gred. Warna-warna tersebut adalah:

a) Dakwat MERAH oleh guru

b) Dakwat BIRU oleh rakan

c) PENSIL oleh diri sendiri

 

7. Target

 

Sebagai peringkat permulaan, pihak sekolah telah menetapkan pelajar menghafal minima 2 juzu’ setahun. Maka dengan itu, guru dikehendaki merancang untuk pelajarnya supaya target ini tercapai.

KATEGORI BACAAN

ANGGARAN

JUMLAH BACAAN SETAHUN

Tinggi

10-15 baris

4 Juzu’

Sedang/Sederhana

5-10 baris

3 Juzu’

Minima

5 baris

2 Juzu’

 

Nota:

Kategori bacaan ditentukan mengikut kebolehan seseorang pelajar untuk menghafaz ayat baru dan pada masa yang sama mengekalkan gred mumtaz untuk hafazan lama.

 

8. Al-Quran

 

Dar al-Hikmah telah memilih untuk menggunakan mushaf yang hukum tajweednya berwarna untuk memudahkan pelajar mengenal hukum. Guru berperanan mengajarkan pelajar mengenal warna tajweed yang terdapat dalam mushaf tersebut. Mushaf yang sama hendaklah digunakan oleh pelajar ketika membaca di sekolah dan juga di rumah.

Teguran mengenai sebarang kesilapan bacaan hendaklah ditanda dengan PENSIL dalam mushaf yang digunakan oleh pelajar dan dipadamkan oleh penyemak (guru atau pelajar) setelah kesalahan sudah dibetulkan pada pusingan berikutnya.

 

9. Motivasi dan Usrah

 

Dari masa ke semasa, guru akan mengadakan usrah atau tazkirah dengan kumpulan pelajarnya masing-masing bertujuan untuk memberi rangsangan, galakkan dan penghayatan kepada surah-surah di dalam al-Quran yang dihafaz oleh pelajar.

 

10. Cuti

 

Pada waktu percutian, pelajar mesti dibekalkan dengan kerja rumah. Pelajar hendaklah membuat kerja rumah yang ditetapkan oleh guru dan mengisi borang yang dibekalkan. Borang percutian ada disediakan oleh pihak sekolah untuk diisi oleh guru.

 

11. Ujian Tahunan

 

Ujian al-Quran akan diadakan bagi menguji ingatan pelajar setahun sekali. Ibu-bapa hendaklah sentiasa menyediakan pelajar untuk menghadapi ujian. Pelajar akan diuji dari segi kelancaran dan mutu bacaan.

text-align:justify/pMsoNoSpacing

You are here: