MAAHAD TAHFIZ INTEGRASI DAR AL-HIKMAH

Hadith of The Day: Azan

  • PDF

Kelebihan Melaung Azan

Rasulullah – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – bersabda:

“Muazzin itu diampunkan baginya sejauh laungan suaranya dan ia memperolehi pahala seperti pahala orang yang salat bersama dengannya” (Sunan Abi Dawud [515], Sunan al-Nasa’iy [646], Sunan Ibn Majah [724]. Tahqiq al-Albaniy: Hadith Sahih)

Berebut Melaung Azan

Rasulullah – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – bersabda:

“Golongan muazzin adalah golongan yang panjang tengkuknya pada hari kiamat” (Sahih Muslim [852])

 

Tidak Ambil Upah Azan

Daripada ‘Uthman bin Abu al-‘As katanya:

“Sesungguhnya antara pesanan terakhir Rasulullah – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – kepadaku ialah: “Hendaklah seorang muazzin itu tidak mengambil upah kerana azannya”” (Jami’ al-Tirmidhiy [209]. Kata Abu ‘Isa: Hadith Hasan Sahih. Tahqiq al-Albaniy: Hadith Sahih)

You are here: