MAAHAD TAHFIZ INTEGRASI DAR AL-HIKMAH

Hadith of The Day: Solat

  • PDF

MEMAHAMI MAKNA MUNAJAT

RasululLah – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – bersabda:

“Sesungguhnya seseorang kamu apabila bangun mendirikan solat, sesungguhnya (ketika itu) ia bermunajat kepada Tuhannya. Maka hendaklah ia memperhatikan bagaimana (keadaan) ia bermunajat kepadaNya” (al-Hakim, al-Mustadrak [826]. Tahqiq al-Albaniy: Hadith Sahih)

 

DIRIKAN SOLAT DI AWAL WAKTU

RasululLah – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – pernah ditanya:

“Apakah amalan yang paling utama?”

Jawab baginda:

“Solat di awal waktunya” (Jami’ al-Tirmidhiy [170]. Tahqiq al-Albaniy: Hadith Sahih)

 

SOLAT TAHIYYAT AL-MASJID

RasululLah – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – bersabda:

“Apabila seseorang kamu memasuki masjid, maka hendaklah ia melakukan solat sunat dua rakaat sebelum duduk” (Sahih al-Bukhariy [444]. Sahih Muslim [1166])

You are here: