MAAHAD TAHFIZ INTEGRASI DAR AL-HIKMAH

Hadith of The Day: Solat (sambungan)

  • PDF

MENUNGGU MASUKNYA SOLAT

RasululLah – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – bersabda:

“Kamu sentiasa berada di dalam solat selama kamu menunggu untuk solat” (Sunan al-Nasa’iy [583]. Tahqiq al-Albaniy: Hadith Sahih)

 

IKUT CARA SOLAT RASULULLAH S.A.W

RasululLah – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – bersabda:

“Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat” (Sahih al-Bukhariy [631])

 

PENCURI KETIKA SOLAT

RasululLah – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – bersabda:

“Pencuri besar ialah orang yang mencuri di dalam solatnya”

Baginda lalu ditanya:

“Bagaimanakah mencuri di dalam solat itu”

Jawab baginda:

“Orang yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya” (al-Tabaraniy, al-Mujam, al-Kabir [1660]. Tahqiq al-Albaniy: Hadith Sahih)

 

p class=

p class=

You are here: