:
PROGRAM%20PENDIDIKAN


SUKATAN PELAJARAN

Mata pelajaran yang ditawarkan di Dar al-Hikmah dibahagikan kepada 3 elemen, iaitu:

  • Elemen Hafazan
  • Elemen Diniyyah
  • Elemen Akademik dan Bahasa

Elemen Akademik, Bahasa dan Diniyyah:

  • Terdiri daripada kumpulan Subjek Teras dan kumpulan Subjek Ikhtisas seperti berikut:

 

BAHASA PENGHANTAR

Bahasa penghantar pembelajaran yang digunakan adalah seperti berikut:

Subjek Elemen Akademik dan Bahasa:

  • Bahasa penghantar: Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris

Subjek Elemen Diniyyah:

  • Bahasa penghantar: Bahasa Melayu/Bahasa Arab

Subjek Elemen Hafazan:

  • Bahasa penghantar: Bahasa Melayu/Bahasa Arab

 

PEMBELAJARAN DI MTI DAR AL-HIKMAH

Hari Pembelajaran: Isnin-Jumaat

8.00am:     Perhimpunan

8.15am:     Kelas Hafazan

10.00am:   Rehat Pagi

10.20am:   Kelas Hafazan

11.20am:   Kelas Akademik

1.20pm:     Makan Tengahari/Solat Zohor

2.20pm:     Kelas Akademik/Diniyyah

4.00pm:     Bersurai

------   ------   ------

PERATURAN-PERATURAN KHUSUS MTI DAR AL-HIKMAH

(PINDAAN 2012)

 

WAKTU KEHADIRAN

Waktu kehadiran murid adalah di antara pukul 7.30-7.45 pagi.

PERHIMPUNAN PAGI

2.1 Perhimpunan pagi diadakan setiap hari bermula 8.00-8.15 pagi.

2.2 Perhimpunan ini akan diawasi oleh guru yang bertugas.

 

WAKTU PEMBELAJARAN

Pembelajaran bermula pada pukul 8.00 pagi - 4.00 petang. Ibu-bapa perlu mengambil anak masing-masing antara jam 4.00 - 4.30 petang.

 

PAKAIAN

4.1   Mesti berpakaian seragam, kemas dan bersih.

Seragam bagi murid Sekolah Rendah lelaki:

  • Baju kemeja kelabu.
  • Pakaian dalam (T-shirt putih Dar al-Hikmah).
  • Seluar panjang berwarna biru gelap.
  • Kasut hitam dan kopiah putih.
  • Jubah putih pada hari Jumaat.
  • (Darjah 3 ke bawah tidak diwajibkan).

Seragam murid Sekolah Menengah lelaki:

  • Kemeja putih.
  • Pakaian dalam (T-shirt putih Dar al-Hikmah).
  • Seluar panjang hitam.
  • Kasut hitam dan kopiah putih.
  • Jubah putih pada hari Jumaat.

Seragam bagi murid Sekolah Rendah perempuan:

  • Baju berlengan panjang kelabu.
  • Seluar panjang kelabu.
  • Stokin dan kasut hitam.
  • Tudung berwarna biru gelap.
  • Jubah hitam dan tudung putih pada hari Jumaat.

Seragam murid Sekolah Menengah perempuan:

  • Baju berlengan panjang biru tua.
  • Seluar panjang biru tua.
  • Kasut dan stokin hitam.
  • Tudung putih.
  • Jubah hitam dan tudung putih pada hari Jumaat.

4.2   Semua murid hanya dibenarkan memakai kasut kain berwarna hitam (seperti B-First).

Sekiranya didapati murid memakai seragam yang menyalahi peraturan sekolah selepas diberi peringatan, pakaian tersebut akan dirampas kecuali setelah mendapat izin daripada pihak sekolah.

 

PERKARA YANG TIDAK DIBENARKAN

5.1 Murid tidak dibenarkan membawa telefon bimbit dan sebarang bentuk alat permainan.

5.2 Murid tidak dibenarkan membawa sebarang peralatan yang boleh membahayakan diri sendiri atau rakan. Contohnya pisau lipat, pembaris besi dan gunting (berhujung tajam).

5.3 Murid tidak dibenarkan membawa atau membaca komik dan majalah yang tiada nilai-nilai Islam di dalamnya.

5.4 Murid tidak dibenarkan berniaga di dalam sekolah.

Diharap semua murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah termaktub/ditetapkan supaya wujud suasana harmoni dan kondusif bagi proses pembelajaran dan pengajaran.